Tan Wee Kiong-Vivian Hoo bentuk beregu campuran
Shaiful Shamsudin
September 11, 2021 19:57 MYT
September 11, 2021 19:57 MYT
Vivian Hoo yang kini bergerak sebagai pemain profesional difahamkan akan bertukar angin dan beraksi dalam acara beregu campuran.
Vivian bakal berganding dengan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Tan Wee Kiong.
Tapi ini bukan bermakna Vivian mahu melupakan terus acara beregu wanita, malah dia akan turut berjuang di samping Lim Chew Sien.
"Saya pernah bermain secara sambilan dalam beregu campuran tetapi tidak pernah menyertai kejohanan, begitu juga Wee Kiong.
"Sekarang sebab kami sudah keluar daripada skuad kebangsaan, maka kami boleh cuba dalam kategori ini.
"Saya sudah mencapai sasaran dalam Sukan Olimpik jadi saya mahu mencuba kategori baru," kata Vivian.
Wee Kiong juga kekal dalam kategori beregu lelaki dan difahamkan selepas berpisah dengan Goh V Shem, dia akan beraksi di samping Tan Kian Meng.
Penampilan pertama Vivian-Wee Kiong adalah menerusi Terbuka Denmark, 19 Oktober depan.