Jurulatih beregu profesional negara, Rosman Razak, membimbing kelompok pemain profesional yang terdiri daripada beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee yi.
Bagi Rosman, kehadiran gandingan FEIDIN ini mampu memberikan impak positif dalam kalangan pemain yang bernaung di luar kem BAM agar saling membantu untuk mempertingkatkan prestasi masing-masing.
Ia secara tidak langsung mewujudkan saling situasi membantu memandangkan pemain mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencipta kejayaan manis buat negara.
THANK YOU, FEIDIN ????
— BAM (@BA_Malaysia) September 1, 2024
BAM deeply appreciates the dedication and sacrifices made by Sze Fei and Nur Izzuddin Rumsani. Their invaluable contributions have brought honor and glory to Malaysia, highlighted by numerous tournament victories.
Sze Fei, born in Melaka, joined BAM in… pic.twitter.com/sj9nbM7Hn5
Beregu di kedudukan ke-12 dunia itu muncul menjuarai saingan Terbuka Jepun pada 25 Ogos lalu sebelum bergelar sebagai pemain profesional secara rasmi 1 September lalu.
"Hari ini hari keempat mereka berlatih bersama dengan pemain-pemain lain dan kelihatan mereka dalam fasa menyesuaikan diri dari aspek gelanggang dan sistem latihan.
"Sesuatu yang baru buat mereka tetapi saya lihat mereka tiada masalah. Jadi penyesuaian diri mereka bukan sesuatu yang janggal.
"Saya juga berasakan ia adalah situasi menang-menang buat semua pemain. Itu adalah tujuan kita berlatih bersama, kita akan saling membantu, berlatih bersama serta mempunyai matlamat yang sama." katanya kepada Nadi Arena.