Syarikat milik Lee Chong Wei jual aset di Kota Damansara, peroleh RM80j

Muhammad Saufi
September 26, 2024 14:18 MYT
Skyload Express Sdn Bhd yang dimiliki legenda badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei, menerima RM80 juta atas penjualan tanah di Kota Damansara.
Skyload Express melepaskan tanah pajakan seluas 2.26 hektar kepada Magma Group Bhd bagi pembinaan dua menara 34 tingkat yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan serta ruang komersial.
Justeru, pemain kelahiran Bagan Serai itu bakal memperoleh kepentingan sebanyak 2.48 peratus dalam Magma selain kepentingan tidak langsung 11.89 peratus.
#Lee Chong Wei