Suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England menjadi tumpuan utama Goh Jin Wei tahun ini, menurut jurulatihnya, Nova Armada.
Selain itu, tempoh 10 tahun turut dijadikan sasaran wajar bagi semi-finalis Terbuka Hong Kong 2023 berkenaan untuk mampu bertanding di samping kelompok 10 terbaik perseorangan wanita dunia.
Jin Wei masih berdepan kesukaran untuk berlatih dalam tempoh 40 minit meskipun telah lama menjalani pembedahan usus.
"Saya rancang untuk tingkatkan staminanya, selepas itu saya akan tambah aspek latihannya supaya ketika Seluruh England dan Terbuka Perancis, dia lebih tahan dan lebih bagus.
"Dia tidak boleh terburu-buru.
"Ketika saya mula melatihnya, keadaannya benar-benar kosong. Kadang-kadang dia tidak boleh bertahan sampai 20 minit pun.
"Sekarang kalau sesi latihan pagi dia boleh bertahan 40 minit, kemudian petang 30 minit," kata Nova di Nadi Weekend.
Jin Wei memulakan kempen tahun ini dalam Jelajah BWF dengan langkah kiri apabila tersingkir dalam pusingan kedua Terbuka Malaysia serta pusingan pertama Terbuka India.