Sukma Sarawak 2024: Justin Hoh tiada masalah sumbang emas badminton Wilayah Persekutuan

Saufi Tahir
Ogos 24, 2024 15:37 MYT
Atlet Wilayah Persekutuan, Justin Hoh Shou Wei, menepati sasaran apabila menyumbangkan pingat emas dalam pentas akhir acara perseorangan lelaki badminton Sukan Malaysia (Sukma) 2024, di Stadium Tertutup Sibu, sebentar tadi.
Atlet berusia 21 tahun itu, menumpaskan lawan dari Pulau Pinang, Ong Zhen Yi, dalam aksi straight set 21-16,21-15, untuk merangkul pingat emas.
Dalam pada itu, acara perseorangan wanita pula pingat emas menjadi milik wakil tuan rumah, Wong Ling Ching selepas menumpaskan Oo Shan Zi dari Pulau Pinang 21-12,21-15.
#badminton #Sukan Malaysia #Justin Hoh #Sukma Sarawak
;