Skip to main content

Badminton

Sukma 2024: Fawwaz Zainuddin tidak mahu dibayangi status adik Iskandar Zainuddin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fawwaz.jpg
Beregu campuran badminton Wilayah Persekutuan (MSWP), Fawwaz Zainuddin, berazam untuk mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir dalam acara badminton individu dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) di sarawak, pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Jelasnya, memegang portfolio sebagai adik kepada bekas perseorangan lelaki negara, Iskandar Zainuddin, adalah beban yang hebat bagi dirinya untuk menampilkan aksi terbaik. 

Bagaimanapun, Fawwaz ingin tampil dengan identiti sendiri dan tidak terbawa-bawa sebagai jelmaan abangnya.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan pertama dan terakhir buat dirinya di pentas Sukma apabila digandingkan bersama atlet di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Lee Kay Xin.

"Semestinya ramai orang kenal saya kerana abang-abang saya dengan kerjaya mereka. Saya harap dapat ikut jejak langkah mereka suatun hari nanti .

"Saya harap dapat capai sasaran saya dengan nama saya sendiri dan bukannya dengan orang kenal saya melalui Iskandar Zulkarnain.

"Untuk Sukma kali ini saya tidak banyak masa untuk dapar keserasian tetapi saya berharap dapat lakukan yang terbaik untuk saling memahami satu sama lain." Katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video