Skip to main content

Badminton

Sukan SEA Thailand: BAM sasar sekurang-kurangnya dua emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rexy-chong-wei-bam.jpg
50 hari menjelang Sukan SEA Thailand 2025 hujung tahun ini, Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, meletakkan sasaran sekurang-kurangnya dua pingat emas buat kem negara.

Mengakui sasaran berkenaan bukan sesuatu yang mudah, Rexy menyifatkan ia sebagai sesuatu yang realistik.

Antara harapan utama negara bagi sasaran berkenaan ialah beregu campuran juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dan beregu wanita utama, Pearly Tan-M. Thinaah.

Selain itu, Rexy juga berasakan dua beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, turut berpeluang cerah meraih emas selain wakil muda lain dalam acara perseorangan.

"Ketika ini kita memiliki peluang (pingat emas) dalam beregu campuran dan wanita," katanya kepada Astro Arena.

"Kalau dalam beregu campuran, saya boleh katakan peluangnya 50-50. Pearly dan Thinaah, jika mereka berada dalam prestasi terbaik, kita boleh katakan yang mereka akan memenangi emas.

"Tetapi kami tidak mahu ia menjadi tekanan buat mereka memandangkan ia akan menjadi penampilan pertama mereka.

"Mereka suda berbincang dengan Datuk Seri (Lee Chong Wei, Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM) bahawa mereka mahu bermain juga."


 
Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.


Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video