BADMINTON

Sukan Olimpik Paris: Norza laung keyakinan pemain badminton negara capai puncak prestasi ketika temasya

Shaiful Shamsudin 07/06/2024 | 12:42 MYT
"Mereka akan meletup di Paris, demi Malaysia!"
Itu yang dilaungkan oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, meskipun prestasi yang ditampilkan barisan pemain badminton yang sudah layak ke Sukan Olimpik 2024 kelihatan makin merosot saat ini.
Norza yang juga presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), bertegas bahawa kejohanan Jelajah Dunia BWF yang disertai pemain negara bukan kayu pengukur prestasi sebenar mereka menjelang temasya berprestij itu bulan depan.
"Proses ini tentu sahaja ada turun naiknya.
"Katakan pemain negara memenangi Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura, adakah kita nak prestasi mereka sudah sampai ke kemuncaknya pada masa itu.
"Mereka yang layak ini mempunyai harapan yang tinggi dan sesetengah daripada mereka pernah menyertai Olimpik, jadi mereka sudah tahu apa yang akan dihadapi.
"Jangan kita tidak menidakkan kebolehan mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Yang penting mereka mencapai prestasi paling tertinggi, paling kemuncak dalam Paris 2024," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Tambahnya, kepercayaan serta sokongan padu perlu diberikan semua pihak kepada skuad badminton negara yang menghantar wakil paling ramai dengan sejumlah lapan pemain layak secara merit ke Sukan Olimpik.
"Mereka layak secara merit adalah sangat penting. Mereka ini menduduki senarai 10 terbaik dunia top 10, bukan 40 nak (tapi pasang impian menjadi juara).
"Kita perlu beri sokongan yang sebaik-baiknya, mereka dalam kelompok lima beregu lelaki terbaik di dunia.
"Mungkin ada ketikanya mereka berada dalam keadaan sukar. Tapi saya yakin dan percaya bahaw akita perlu sokong mereka sambil mencari jalan untuk mereka sampai ke prestasi puncak ketika Olimpik," katanya.
#badminton #Sukan Olimpik Paris
;