BADMINTON
Sukan Komanwel Birmingham: Tze Yong bangkit tumbangkan Kidambi untuk ke final
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mara ke final Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan jaguh India, Srikanth Kidambi, di Dewan NEC 5 sebentar tadi.
Selepas menewaskan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew, dalam suku akhir semalam, Tze Yong, bagaimanapun, bermula perlahan sebelum tewas 13-21 dalam set pertama.
Bagaimanapun, jaguh negara itu mula mempamerkan aksi sebenarnya dalam set kedua, di mana dia menamatkan saingan sengit berkenaan dengan kemenangan 21-19.
Iklan
Masalah kepenatan mula mengganggu Kidambi dalam set penentuan dan Tze Yong jelas memanfaatkan situasi itu, di mana dia hanya melepaskan 10 mata kepada lawan di ranking ke-13 dunia berkenaan untuk mengesahkan tempat ke final.
Selepas membantu skuad negara memenangi acara berpasukan campuran pada Rabu lalu ,Tze Yong -- yang kini berada di ranking ke-42 dunia -- berpeluang untuk merebut pingat emas peribadi keduanya apabila turun menentang seorang lagi jaguh perseorangan India, Lakhsya Sen, dalam penentuan gelaran esok.
Must-Watch Video