Sukan Komanwel Birmingham: Skuad badminton negara mudah lepasi halangan pertama

Muzaffar Musa
Julai 29, 2022 19:06 MYT
Skuad badminton negara memulakan kempen acara berpasukan campuran Sukan Komanwel 2022 dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan Zambia 5-0 di Dewan NEC, Birmingham sebentar tadi.
Beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, memulakan kaksi gemilang Malaysia dengan kemenangan 21-6, 21-3 ke atas Kalumbo Mulenga-Ogar Siamupangila.
Perseorangan lelaki utama, Ng Tze Yong, kemudian melebarkan jurang mata dengan kemenangan 21-9, 21-8 ke atas Chongo Mulenga sebelum jaguh wanita, Goh Jin Wei, memastikan mata kemenangan Malaysia dengan menundukkan Elizabeth Chipeleme 21-1, 21-2.
Dua lagi mata Malaysia disumbangkan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah.
Malaysia seterusnya akan meneruskan saingan dengan berdepan Jamaica awal pagi esok.
#badminton #Sukan Komanwel Birmingham
;