Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, terlepas slot ke final Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas tewas kepada pasangan Singapura, Terry Hee-Jesicca Tan, dalam aksi separuh akhir di Dewan NEC 5 sebentar tadi.
Turun dengan reputasi besar selaku beregu di ranking ke-11 dunia, Kian Meng dan Pei Jing, bagaimanapun, bergelut untuk menamatkan saingan lawan dalam set pertama sehingga akhirnya menerima padah apabila tewas 23-25.
Permulaan perlahan yang dipamerkan wakil negara dalam set kedua menyaksikan tugasan mereka semakin sukar, sekali gus terpaksa membenarkan lawan di ranking ke-35 dunia berkenaan ke final dengan kekalahan 18-21.
Sebagai rekod, Kian Meng dan Pei Jing sebelum ini membantu skuad negara memenangi pingat emas acara berpasukan campuran pada awal pagi Rabu lalu.
Muzaffar Musa
Sun Aug 07 2022