Naib juara Masters China 2024, Cheng Su Yin, tekad menerima cabaran ketua jurulatih Nova Widianto untuk menjulang sekurang-kurangnya satu gelaran tahun ini.
Su Yin kini bergandingan dengan Hoo Pang Ron dan sedang giat menjalani latihan selepas prestasi hambar serta kecederaan yang menjejaskan kempen dalam siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) setakat ini.
Pasangan ranking ke-13 dunia itu hanya dua kali mara ke suku akhir daripada sembilan kejohanan yang disertainya selepas muncul naib juara di Masters China pada 2024.
Mereka bakal kembali beraksi di tiga kejohanan utama bulan ini iaitu Terbuka Jepun, China dan Macau dalam usaha memburu gelaran kedua sejak digandingkan pada 2023.
"Persiapan saya bersama Pang Ron baik, tetapi boleh mendapat keputusan bergantung pada prestasi di Jepun dan kami akan cuba meraih keputusan terbaik," katanya.
Selaku jurulatih beregu campuran negara, Nova berasa yakin pasangan itu memiliki kualiti permainan namun perlu memperkukuh mental untuk menjadi juara.
Gandingan itu ini berada dalam kelompok 15 terbaik dunia sekali gus meletakkan mereka dalam tekanan tinggi yang perlu diurus dengan bijak.
"Kedudukan ranking sudah baik sekarang tetapi untuk pergi lebih tinggi masih mereka tidak boleh kawal, kadangkala mereka tertekan sendiri." tambahnya.

? Misi buru gelaran!
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) July 4, 2025
Beregu campuran ?? Cheng Su Yin tekad jawab cabaran jurulatih Nova Widianto untuk rangkul sekurang-kurangnya 1 gelaran tahun ini.
Nova: “Mereka ada kualiti, tapi perlu kuat dari segi mental.”@ASTROARENA pic.twitter.com/lDwEjAjYyI