Skip to main content

Badminton

Status V Shem-Wee Kiong akan ditentukan minggu ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

4917frost.jpg
Kisah menakjubkan beregu nombor satu negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, ibarat retak menanti belah hanya selepas setahun berada di puncak dunia.

Sama ada kekal atau dipisahkan, masa depan mereka akan ditentukan pada minggu ini.

Hari ini setahun yang lalu, V Shem dan Wee Kiong sedang menikmati hasil keringat apabila hampir menamatkan kemarau pingat emas Sukan Olimpik sulung buat Malaysia di Rio 2016.

Menyusul selepas itu, kejayaan merampas status sebagai beregu nombor satu dunia dan menamatkan musim 2016 dengan gelaran juara Kejohanan Badminton Siri Super Akhir di Dubai.

Kemerosotan yang dialami sejak awal tahun ini, bagaimanapun, menyerlahkan kepincangan dalam gandingan mereka yang sedang menjadi keutamaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika ini.

"Saya fikir banyak perkara peribadi yang menjejaskan fokus dalam permainan badminton di tahap tinggi. Dan tiba-tiba hilang keyakinan pada hari pertandingan," kata Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost.

Statistik juga tidak memihak mereka yang tidak sekali pun layak ke peringkat separuh akhir dalam mana-mana kejohanan yang disertai sepanjang musim ini.

Dilema kejurulatihan negara andai beregu ini dipisahkan adalah ketiadaan pemain yang memiliki kualiti setaraf untuk digandingkan.

"Saya rasa kami harus kekal yakin. Itulah yang sejujurnya. Kami akan selesaikannya pada minggu ini. Ia harus dilakukan pada minggu ini, tidak kisah apa yang berlaku," tambah Frost.  

Pencapaian V Shem-Wee Kiong pada tahun ini:

Suku akhir:

Piala Sudirman 
Terbuka Singapura
Terbuka India 
Seluruh England 

Pusingan kedua:

Kejohanan Dunia 
Kejohanan Asia

Pusingan pertama:

Terbuka Malaysia 
Terbuka Australia

Advertisement

Must Watch Video