Kelab Badminton (KB) Petaling kini mengintai slot automatik ke separuh akhir SS Purple League 2017/18 setelah meraih dua kemenangan di peringkat kedua dengan menewaskan KB Ampang Jaya 14-7 dalam aksi Kumpulan B di Sports Arena, sebentar tadi.
Mereka kini menghuni tangga kedua dengan mengumpulkan 94 mata. Apapun, pasukan bimbingan ketua jurulatih, Yap Kim Hock itu, perlu menunggu keputusan pertemuan di antara KB Puchong United dan KB Cheras malam ini.
Sekiranya KB Cheras gagal melakar kemenangan besar, tiket automatik itu akan menjadi milik KB Petaling.
KB Petaling bermula baik dalam acara perseorangan lelaki apabila pemainnya, Kenichi Tago, mencatatkan kemenangan 3-2 (6-11, 11-9, 11-3, 7-11, 11-6) menewaskan pemain KB Ampang Jaya, Tan Jia Wei.
Kedudukan KB Petaling bertambah selesa selepas kemenangan turut diraih pemainnya, Hera Desiana Rachmawati, dalam acara perseorangan wanita. Hera menang 3-0 (11-10, 11-7, 11-9) mengatasi pemain KB Ampang Jaya dari China, Xu Wei, bagi membolehkan KB Petaling di depan 6-2.
Dalam aksi beregu lelaki, Aaron Chia-Man Wei Chong terus menambah duka KB Ampang Jaya dalam apabila mereka mencatatkan kemenangan 3-1 (11-3, 9-11, 11-9, 11-5) mengatasi Markis Kido-Muhd Syawal Ismail.
Devi Tika Permatasari-Irfan Fadhilah menambah mata buat KB Petaling lagi dalam acara beregu campuran selepas itu. Mereka menang 3-1 (9-11, 11-8, 11-8, 8-6) mengalahkan Lee Shun Mei-Lukhi Apri Nugroho untuk membolehkan KB Petaling di depan 12-4.
Apapun, KB Petaling tewas dalam satu lagi acara perseorangan lelaki apabila pemainnya, Cheam June Wei, tewas kepada Nguyen Tien Minh 2-3 (11-3, 5-11, 11-8, 7-11, 1-7). Apapun, kekalahan June Wei tidak menghalang kemenangan keseluruhan KB Petaling dalam perlawanan ini.
Jurulatih perseorangan KB Petaling, Ismail Saman berkata: “Alhamdulilah saya berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan oleh pemain di peringkat kedua ini.
"Berkenaan perlawanan tadi, semua pemain memberikan fokus 100 peratus, cuma Cheam June Wei kalah kerana kekurangan pengalaman berbanding lawannya.”
Mengulas peluang pasukannya untuk memperoleh slot automatik ke separuh akhir, Ismail berkata: “Kita mengharapkan keputusan terbaik kerana ia akan menjadi motivasi dan semangat untuk pasukan KB Petaling.
"Saya harap pemain akan terus fokus dan bersemangat di peringkat akhir nanti kerana lawan yang bakal dihadapi nanti juga semestinya memiliki kekuatan sendiri,” katanya.
Peringkat kedua SS Purple League menyaksikan enam pasukan teratas dari liga round robin dibahagikan kepada dua kumpulan. Mereka bersaing mendapatkan mata terbanyak (mata round robin+ mata peringkat kedua) untuk merebut dua slot automatik ke pusingan separuh akhir SS Purple League di Arena Of Stars, Resorts World, Genting bulan depan. Empat lagi pasukan akan beraksi secara playoff untuk memburu dua lagi baki slot itu nanti.
Keputusan SS Purple Peringkat Kedua (28/1/2018)
Kumpulan B:
KB Ampang Jaya BC kk KB Petaling 7-14
MS2: Tan Jia Wei kk Kenichi Tago 2-3 (11-6, 9-11, 3-11, 11-7, 6-11)
WS: Xu Wei kk Hera Desiana Rachmawati 0-3 (10-11, 7-11, 9-11)
MD: Markis Kido-Muhd Syawal Mohd Ismail kk Aaron Chia-Man Wei Chong 1-3 (3-11, 11-9, 9-11, 5-11)
XD: Lee Shun Mei-Lukhi Apri Nugroho kk Devi Tika Permatasari-Irfan Fadhilah 1-3 (11-9, 8-11, 8-11, 6-8)
MS1: Nguyen Tien Minh mn Cheam June Wei 3-2 (3-11, 11-5, 8-11, 11-7, 7-1)