Kelab Badminton (KB) Puchong United terus membuktikan keunggulan dalam saingan SS Purple League apabila mengatasi juara bertahan, KB Petaling Jaya, 9-7 dalam aksi peringkat kedua Kumpulan A di Sports Arena Sentosa, malam ini.
Biarpun menang tipis, namun kemenangan sulung di peringkat kedua ini menyaksikan KB Puchong United mengekalkan rekod bersih, termasuk ketika meraih tujuh kemenangan dalam pusingan round robin lalu.
Liew Daren terlebih dahulu mendapatkan mata buat KB Puchong United melalui kemenangan mudah dalam acara perseorangan lelaki selepas menumpaskan pemain KB Petaling Jaya, Labieb Muhzafar Lakamagi, 3-0 (11-8, 11-1, 11-4).
Dalam acara perseorangan wanita pula, Deng Xuan menambah kutipan mata keseluruhan KB Puchong United menjadi 6-1 selepas menewaskan pemain KB Petaling Jaya, Lee Zii Yii, 3-1 (11-5, 6-11, 11-4, 11-7).
Acara beregu lelaki menyaksikan Lim Khim Wah-Mak Hee Chun terus menghadiahkan mata kemenangan buat KB Puchong United. Mereka membenam Jagdish Singh-R. Satheishtharan 3-0 (11-3, 11-9, 11-9) untuk membolehkan KB Puchong United mendahului 9-1 secara keseluruhan.
KB Petaling Jaya, bagaimanapun, bangkit memberi saingan dalam acara beregu campuran selepas itu apabila V. Thanesh-Ti Wei Chyi menang 3-0 (11-6, 11-6, 11-8) ke atas Ng Qi Xuan-Wong Wai Jun.
Goh Giap Chin yang turun dalam satu lagi acara perseorangan lelaki turut memberikan kemenangan 3-0 (11-5, 11-3, 11-10) kepada KB Petaling Jaya selepas mengatasi pemain berpengalaman KB Puchong United, Wei Nan. Kemenangan Giap Chin bagaimanapun sudah terlambat untuk mengejar mata set keseluruhan yang menjadi milik KB Puchong United dalam perlawanan ini.
Pemain beregu lelaki KB Puchong United, Lim Khim Wah, berkata, “Saya rasa kami bermain dengan bagus. Lagipun, saya dan Mak Hee Chun adalah gandingan ketika kami bermain dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) satu masa dahulu, termasuk ketika beraksi dalam Kejohanan Remaja Dunia. Jadi, sentuhan kami masih ada.
“Gandingan kami juga memberikan sumbangan yang baik kepada KB Puchong United setakat ini. Jadi, saya berharap kami akan terus digandingkan dalam pusingan akhir nanti.
"Dengan kekuatan secara berpasukan yang dimiliki KB Puchong United, saya harap kami dapat mara ke perlawanan akhir, sekali gus menjadi juara SS Purple League kali ini,” kata Khim Wah.
Peringkat kedua SS Purple League menyaksikan enam pasukan teratas dari liga round robin dibahagikan kepada dua kumpulan. Mereka bersaing mendapatkan mata terbanyak (mata round robin + mata peringkat kedua) untuk merebut dua slot automatik ke pusingan separuh akhir SS Purple League di Arena Of Stars, Resorts World, Genting bulan depan.
Empat lagi pasukan akan beraksi secara playoff untuk memburu dua lagi baki slot itu nanti.
Keputusan SS Purple League 2017/18 Peringkat Kedua (26/1/2018)
KB Puchong United mn KB Petaling Jaya 9-7
MS2: Liew Daren mn Labieb Muhzafar Lakamagi 3-0 (11-8, 11-1, 11-4)
WS: Deng Xuan mn Lee Zii Yii 3-1 (11-5, 6-11, 11-4, 11-7)
MD: Lim Khim Wah-Mak Hee Chun mn Jagdish Singh Dhanoa-R. Satheishtharan 3-0 (11-3, 11-9, 11-6)
XD: Ng Qi Xuan-Wong Wai Jun kk Thanesh A/L Veerappan-Ti Wei Chyi 0-3 (6-11, 6-11, 8-11)
MS1: Wei Nan kk Goh Giap Chin 0-3 (5-11, 3-11, 10-11)