Kelab Badminton (KB) Petaling bermula garang apabila mengatasi KB Kepong 12-6 dalam saingan peringkat kedua SS Purple League 2017/18 di Sports Arena Sentosa, sebentar tadi.
Dalam perseorangan lelaki, Kenichi Tago terlebih dahulu mencuri mata set kemenangan 3-0 buat KB Petaling selepas mudah mengatasi pemain muda KB Kepong, Mohd Nuraidil Adha Azman, 11-8, 11-8, 5-11.
Selepas itu dalam acara perseorangan wanita, KB Kepong kembali bangkit menerusi pemainnya, Qin Jing Jing, yang menang tipis 3-2 (11-8, 11-8, 7-11, 3-11, 2-1) menewaskan pemain KB Petaling, Hera Desiana Rachmawati dari Indonesia.
Apapun, acara beregu lelaki kembali didominasi KB Petaling melalui gandingan Aaron Chia-Man Wei Chong selepas menjinakkan Boon Xin Yuan-Tee Kai Wun 3-0 (11-9, 11-8, 11-8).
KB Petaling meneruskan penguasaan mereka dalam acara beregu campuran. Gandingan Devi Tika Permatasari-Irfan Fadhilah tidak berdepan masalah untuk menang 3-0 (11-4, 11-7, 11-9) ke atas pasangan KB Kepong, Cheah Yee See-Nur Mohd Nazriyn Ayub untuk membolehkan pasukan mereka mendahului 11-3 daripada segi mata set keseluruhan.
KB Kepong, bagaimanapun, berjaya mencuri kemenangan dalam satu lagi acara perseorangan lelaki menerusi pemainnya, Lim Chi Wing, yang menewaskan pemain KB Petaling, Cheam June Wei, 3-1 (5-11, 11-2, 11-6, 11-6) tetapi sudah terlambat untuk mengejar pungutan set mata keseluruhan.
Jurulatih KB Petaling, Ismail Saman berkata, “Dari segi keputusan, saya berpuas hati. Namun, dari segi permainan, permulaan dalam pusingan kedua ini, prestasi pemain agak menurun mungkin kerana rehat yang terlampau lama.
"Jadi, pemain memerlukan masa untuk mendapatkan semula momentum. Saya harap pemain akan memperbaiki kelemahan dan lebih bersemangat selepas ini.
“Saya juga berharap kami akan terus berusaha untuk merebut kedudukan teratas kerana kami bukan sahaja akan layak secara automatik ke separuh akhir tetapi ia juga memberikan satu motivasi penting kepada pasukan KB Petaling.
"Jadi, baki satu lagi perlawanan dalam pusingan kedua selepas ini, saya mahu pemain berusaha habis-habisan,” kata Ismail selepas tamat perlawanan tadi.
Peringkat kedua SS Purple League menyaksikan enam pasukan teratas dari liga round robin dibahagikan kepada dua kumpulan.
Mereka bersaing mendapatkan kedudukan terbaik untuk merebut dua slot automatik ke pusingan separuh akhir SS Purple League di Arena Of Stars, Resorts World Genting bulan depan.
Empat lagi pasukan akan beraksi secara playoff untuk memburu dua lagi baki slot dalam pusingan itu nanti.
Keputusan SS Purple Peringkat Kedua (26/1/2018)
KB Kepong kk KB Petaling 6-12
MS2: Muhd Nuraidil Adha Azman kk Kenichi Tago 0-3 (8-11, 8-11, 5-11)
WS: Qin Jin Jing mn Hera Desiana Rachmawati 3-2 (11-8, 11-8, 7-11, 3-11, 2-1)
MD: Boon Xin Yuan-Tee Kai Wun kk Aaron Chia-Man Wei Chong 0-3 (9-11, 8-11, 8-11)
XD: Cheah Yee See-Nur Mohd Azriyn Ayub kk Devi Tika Permatasari-Irfan Fadhilah 0-3 (4-11, 7-11, 9-11)
MS1: Lim Chi Wing mn Cheam June Wei 3-1 (5-11, 11-2, 11-6, 11-6)