Kelab Badminton (KB) Cheras memulakan pemburuan untuk mendapatkan slot automatik ke separuh akhir SS Purple League dengan baik selepas meraih kemenangan 14-6 ke atas KB Petaling Jaya di peringkat kedua dalam Kumpulan A, sebentar tadi.
Berlangsung di Sports Arena Sentosa, pemain perseorangan lelaki KB Cheras, Chong Yee Han, meletakkan pasukannya di depan selepas menang 3-0 (11-6, 11-6, 11-3) mengatasi pemain KB Petaling Jaya, Labieb Muhzafar Lakamagi.
Kedudukan KB Cheras semakin selesa apabila pemain barunya, Bellaetrix Manuputty, menang 3-1 (11-4, 4-11, 11-8, 11-4) ke atas pemain muda KB Petaling Jaya, Lee Zii Yii, untuk membolehkan kelabnya di depan 6-1 keseluruhan.
Dalam acara beregu lelaki selepas itu, kedudukan KB Cheras bertambah kukuh setelah pemainnya, Danny Bawa Chrisnanta-Mohd Arif Abdul Latif, menewaskan gandingan KB Petaling Jaya, Jagdish Singh Dhanoa-R. Satheishtharan, 3-1 (11-7, 10-11, 11-5, 11-9) bagi menjadikan kedudukan keseluruhan KB Cheras di depan 9-2.
Penguasaan KB Cheras terus diterjemahkan oleh pasangan beregu campuran mereka, Shela Devi Aulia-Terry Hee Yong Kai, yang mengalahkan gandingan KB Petaling Jaya, V. Thanesh-Ti Wei Chyi 3-1 (11-5, 11-9, 7-11, 11-4).
Apapun, KB Cheras tewas dalam satu lagi acara perseorangan lelaki apabila pemainnya, Chong Wei Feng, tewas tipis 2-3 (11-9, 10-11, 6-11, 11-8, 5-6) kepada Goh Giap Chin. Kekalahan Wei Feng bagaimanapun tidak menjadi pengacau kepada kemenangan mutlak KB Cheras malam ini.
Ketua jurulatih KB Cheras, Rashid Sidek, berkata, “Mengutip 14 mata dalam perlawanan ini sebenarnya sudah cukup bagus kepada pasukan dan saya harap pemain akan terus mengekalkan momentum esok.
"Kami sasarkan kalau boleh untuk meraih kedudukan dua terbaik bagi mendapatkan tiket automatik ke separuh akhir SS Purple League kerana ia bakal memberikan situasi yang lebih selesa kepada pasukan.
“Mengenai dua pemain baru (Bellaetrix Manuputty dan Shela Devi Aulia) yang beraksi hari ini, kami tidak boleh meletakkan harapan yang tinggi kerana ia adalah perlawanan pertama mereka. Apapun, mereka berjaya menang tadi dan bagi saya, ia sudah cukup,” kata Rashid selepas perlawanan.
Sebelum itu, pada sebelah pagi tadi, dua pasukan yang menghuni tangga tercorot round robin bermain untuk penentuan kedudukan ke-7/8. Perlawanan itu dimenangi oleh KB Bangsar Hawks yang menumpaskan KB Serdang 10-7.
Peringkat kedua SS Purple League menyaksikan enam pasukan teratas dari liga round robin dibahagikan kepada dua kumpulan. Mereka bersaing mendapatkan mata terbanyak (mata round robin + mata peringkat kedua) untuk merebut dua slot automatik ke pusingan separuh akhir SS Purple League di Arena Of Stars, Resorts World, Genting bulan depan. Empat lagi pasukan akan beraksi secara playoff untuk memburu dua lagi baki slot itu nanti.
Keputusan SS Purple Peringkat Kedua (27/1/2018)
Kumpulan A:
KB Cheras mn KB Petaling Jaya 14-6
MS2: Chong Yee Han mn Labieb Muhzafar Lakamagi 3-0 (11-6, 11-6, 11-3)
WS: Bellaetrix Manuputty mn Lee Zii Yii 3-1 (11-4, 4-11, 11-8, 11-4)
MD: Danny Bawa Chrisnanta-Mohd Arif Ab Latif mn Jagdish Singh Dhanoa-R. Satheishtharan 3-1 (11-7, 10-11, 11-5, 11-9)
XD: Shela Devi Aulia-Terry Hee Yong Kai mn Thanesh A/L Veerappan-Ti Wei Chyi 3-1 (11-5, 11-9, 7-11, 11-4)
MS1: Chong Wei Feng kk Goh Giap Chin 2-3 (11-9, 10-11, 6-11, 11-8, 5-6)