Pelbagai reaksi diterima susulan nama Kenneth Jonassen dipertaruh dalam mengisi slot ketua jurulatih perseorangan lelaki dan wanita kebangsaan.
Menurut pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998, Ong Ewe Hock, jurulatih tempatan seharusnya diberi peluang mengemudi kem perseorangan lelaki dan wanita bersandarkan kredibiliti mereka yang setanding jurulatih dari luar negara.
Dia akui keputusan muktamad terletak kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menentukan 'nakhoda' terbaik bagi skuad sedia ada.
"BAM atau negara kita cuba untuk melihat jurulatih tempatan kerana mereka ada bukan tiada.
"Kita boleh nampak jurulatih kita ada di Jepun, India dan di negara lain. Bukan jurulatih negara kita ni tak sampai tahap antarbangsa.
"Mereka yang buat keputusan ini perlu buat pertimbangkan lagi tentang pemilihan jurulatih." katanya.
Aleqha Zainal
Fri Nov 15 2024