Skip to main content

Badminton

Soon Huat-Shevon sasar mahkota Seluruh England selepas bergelar beregu ketiga dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

soon-huat-shevon.jpeg
Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, bakal menduduki ranking terbaik sepanjang kerjaya mereka sejak bergandingan pada 2016 apabila naik ke tangga ketiga dunia dalam kemaskini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) minggu kelapan musim 2025 esok.

Pasangan suami-isteri itu kini berada di tangga keempat dunia selepas mengekalkan konsistensi dengan pencapaian cemerlang, termasuk dua penampila separuh akhir dalam Terbuka Malaysia dan Terbuka India selain mara ke suku akhir Masters Indonesia sepanjang awal tahun ini.

Soon Huat dan Shevon turut mengesahkan bahawa mereka akan kembali bersaing dalam Kejohanan Seluiruh England dengan sasaran utama untuk memanjat podium di Birmingham.

"Kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus berjuang.

"Kali ini, saya rasa rehat yang cukup sangat penting selepas setiap kejohanan.

"Pencapaian ini memberikan motivasi buat kami berdua untuk terus berusaha, berjuang dan tidak berputus asa," kata Shevon kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

Soon Huat menambah: "Menduduki ranking ketiga dunia memberikan kelebihan kepada kami daripada segi undian dan ini adalah perkembangan positif. 

"Kami akan terus fokus kepada setiap perlawanan dan bertarung langkah demi langkah," katanya 

Walaupun tidak bernasib baik untuk menyumbangkan mata buat negara dalam aksi peringkat kumpulan ketika menentang Indonesia dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) minggu lalu, Soon Huat dan Shevon tetap berterima kasih kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atas kepercayaan yang diberikan untuk berkhidmat buat negara.

"Saya rasa kita memang mempunyai pelapis yang bagus serta pemain yang sangat berbakat. 

"Namun, jurang antara pemain senior dan pemain pelapis masih agak ketara. 

"Saya fikir daripada kejohanan ini, kita boleh menyimpulkan bahawa kita perlu mengurangkan jurang tersebut agar pemain pelapis dapat lebih bersaing dengan pemain senior

"Ini merupakan pengalaman yang sangat baik untuk pemain muda. 

"Bagi kami, kami sangat menghargai peluang yang diberikan untuk bertanding dan mewakili Malaysia," katanya Shevon lagi. 

"Kami berharap pada masa akan datang, pemain dapat menunjukkan prestasi lebih baik,” Goh Soon Huat.

 

Advertisement

Must Watch Video