Atlet snuker negara, Thor Chuan Leong dan Moh Keen Hoo, meneruskan misi untuk mempertahankan emas dalam acara snuker berpasangan lelaki Sukan SEA Ke-29 apabila mudah menewaskan pasangan Laos 3-1 dalam aksi suku akhir, malam tadi.
Frame pertama menyaksikan Sakbieng Siththideth dan Phoutthabandit Daophanchan mengambil kesempatan ke atas kecuaian Chuan Leong dan Keen Hou untuk melakar kemenangan 46-53.
Memasuki frame kedua, Chuan Leong dan Keen Hoo menukar strategi dan mula mempamerkan kebangkitan untuk menyamakan kedudukan 1-1 apabila mencatat kemenangan 67-53.
Chuan Leong terus menggunakan pengalamannya di pentas Sukan SEA apabila mudah membuat beberapa tonjolan berkualiti, sekaligus mencatat kemenangan 74-36.
Chuan Leong dan Kee Hoo terus mengukuhkan kedudukan untuk mara ke peringkat separuh akhir dengan mencatat kemenangan 67-7 dalam frame ketiga.
Mereka dijangka berjumpa pasangan Singapura, Chan Keng Kwang dan Tey Choon Kiat.
"Walaupun memiliki sasaran yang tinggi, kami mahu memberikan yang terbaik," kata Chuan Leong.
Rakan sepasukannya, Keen Hoo, memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri.
"Beraksi di laman sendiri, ia sedikit-sebanyak memberi tekanan dan kami masih lagi dalam usaha untuk membiasakan diri dengan suasana."
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
Stadium Astro
Wed Aug 23 2017