Juara kategori perseorangan dan beregu wanita bawah 15 tahun (B15) Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) 2024, Siti Nur Aminah Abdullah, tidak menganggap status sebagai anak saudara bekas perseorangan wanita negara, Siti Nur Shuhaini Azman, merupakan satu tekanan buat dirinya.
Malah, reputasi dimiliki ibu saudaranya menjadikan pemain berusia 14 tahun itu lebih bersemangat untuk terus mempamerkan permainan cemerlang sepanjang kejohanan AJBC tahun ini.
"Saya nak jadi macam makcik saya. Saya nak berlatih kuat lagi dan cuba menyaingi apa yang dia berjaya capai sebelum-sebelum ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Berbicara mengenai prestasi terkininya dalam kejohanan itu, Siti Nur Aminah tidak berdepan masalah untuk menewaskan Phoon Wen Ning dengan agregat 30-10 di peringkat suku akhir kejohanan, sekali gus melayakkan diri ke pusingan seterusnya yang berlangsung hari ini.
Bagaimanapun, bintang muda itu masih belum berpuas hati dan tekad untuk terus memperbaiki mutu permainannya pada masa akan datang.
"Banyak juga pertandingan yang saya dah menang, jadi tekanan dah semakin berkurang untuk bertanding dalam kejohanan yang lebih besar," kata Siti Nur Aminah.

AJBC is back, pusingan pertama diadakan di Klang buat pertama kali dan kejohanan dapat sambutan hangat menerusi 350 penyertaan! ?@ASTROARENA pic.twitter.com/PGWl95eXMB
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 17, 2025