Skip to main content

Badminton

Sirkit Remaja Kebangsaan: Jia Hui-Jia Wern tiada masalah keserasian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jia-wern-jia-hui.jpg
Pasangan adik-beradik, Chew Jia Hui-Chew Jia Wern, tidak berdepan masalah keserasian biarpun kali pertama bergandingan dalam acara beregu wanita kategori B-16 dalam Kejohanan Grand Final Sirkit Remaja Kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan. 

Musim lalu, pasangan itu mewakili pasukan berbeza, namun mereka bekerjasama untuk melengkapkan misi menjuarai kejohanan edisi ini. 

Dengan umur yang hanya dibezakan 11 bulan, pasangan adik-beradik itu optimis kepantasan yang dimiliki mampu menjadi kelebihan.

"Masa kami bermain, kami terlalu cepat.

"Terlalu cepat mahu matikan bola, jadi kami melakukan kesilapan," kata Jia Wern.

Jia Hui-Jia Wern menganggap wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Cheng Su Hui-Cheng Sui Yin, sebagai pencabar yang perlu diberikan perhatian.  

"Mereka kembar, jadi mereka agak susah untuk melakukan kesilapan," tambahnya. 

Beregu Perak itu, yang turun selaku pilihan ketiga kejohanan, meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga selepas menewaskan wakil kebangsaan, Sharini Shahidi-Tan Shen Thing, 21-9, 21-17, hari ini.

Advertisement

Must Watch Video