Ketua jurulatih skuad badminton remaja negara, Kwan Yoke Meng, mampu melakar senyuman selepas menyaksikan prestasi pemain pelapis dalam Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Final Sirkit Remaja Kebangsaan di Dewan Badminton NSCRC, Seremban.
Dominasi yang dipamerkan oleh pemain-pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyaksikan wakil kategori Bawah 14 tahun (B-14) mereka memenuhi slot final dalam kesemua acara hari ini.
Namun, beliau tidak menafikan kecemerlangan wakil Selangor, K. Letshanaa, dan Arena Satu Samin dari Sabah sehingga barisan pemain BAM gagal menempah tempat dalam perlawanan akhir kategori wanita B-16.
Badan induk itu kini dalam perbincangan untuk menyunting dua pemain berkenaan dalam misi membentuk skuad pelapis yang mampu meneruskan legasi badminton negara di peringkat antarabangsa.
"Saya sangat gembira dengan prestasi pemain BAM.
"Hanya satu gelaran yang gagal kami menangi, iaitu kategori perseorangan wanita B-16 yang menyaksikan pertembungan Arena dan Letshanaa.
"Mereka berdua merupakan pemain handalan di peringkat umur mereka dan BAM berminat untuk menyerapkan mereka.
"Secara keseluruhannya, pemain di bawah bimbingan saya beraksi dengan bagus," katanya.
Beregu lelaki B-16, Muhammad Fazriq Mohd Razif dan Justin Hoh Shou Wei, melengkapkan tujuh pingat emas buat BAM selepas mengungguli kesemua acara B-14 serta dua lagi acara B-16.
KEPUTUSAN PENUH (FINAL)
Bawah 16
Perseorangan lelaki
Muhd Fazriq Razif (BAM/KUL) mn Hooi Shao Herng (KUL) 22-20, 21-15.
Perseorangan perempuan
K Letshaana (SGR) mn Arena Satu Samin (SBH) 10-21, 21-9, 21-15.
Beregu lelaki
Fazriq Razif-Justin Hoh Shou Wei (BAM/KUL) mn Rayner Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe (BAM/PEN) 21-14, 21-17
Beregu perempuan
Khor Jing Wen-Tan ZHing Yi (BAM/PEN) mn Cheng Su Hui-Cheng Su Yi (BAM/KDH) 21-15, 9-21,21-19
Bawah 14
Perseorangan lelaki
Eogene Ewe Eon (BAM/Prk) mn Ramno Ferdinan (BAM/Sbh) 21-18, 22-20
Perseorangan perempuan
Sarah Ngu Xian Meow (BAM/Kul) mn Siti Zulaikha Azmi Tan (BAM/Mlk) 21-17, 21-18
Beregu lelaki
Eogene Ewe Eon (BAM/Prk)-Ramno Ferdinan (BAM/Sbh) mn Bryan Jeremy Goonting-Low Han Chen (BAM/Kul) 21-19, 24-22
Beregu perempuan
Lim Yi Wei (BAM/Kul)-Lai Ting Cen (BAM/Nse) mn Chan Wen Tse (BAM/Kel)-Sarah Ngu Xian Meow (BAM/Kul) 18-21, 22-20, 21-8
Bawah 12
Perseorangan lelaki
Kee Is Qian (Kdh) mn Lim Boon Le (Phg) 22-20, 24-22
Perseorangan Perempuan
Dania Sofea Zaidi (Jhr) mn Oo Shan Zi (Pen) 21-14, 21-14
Beregu Lelaki
Tan Zhi Shen-Tan Zhi Yang (Pen) mn Kee Is Qian-Loh Zi Heng (Kdh) 21-17, 21-18
Beregu Perempuan
Dania Sofea Zaidi-Lai E Yun (Jhr) mn Christine Lam Mei He-Oo Shan Zi (Pen) 23-21, 21-14