Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di jangka bakal berlaku pada pertengahan tahun depan dengan pertukaran exco baru menjadi agenda utama bagi penggal seterusnya.
Datuk V. Subramaniam percaya perkara berkenaan timbul atas faktor dia mula memikul tugas selaku pemangku badan induk tersebut usai Tan Sri Norza Zakaria melepaskan jawatan tertinggi itu, Ogos lalu.
Dia turut meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasu dan memberi ruang sepenuhnya kepada SPRM.
Siasatan sedang dijalankan, buat masa ini diminta semua untuk bersabar - Pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) December 4, 2024
Apakah motif sebenar? Adakah perang saraf pemilihan jawatankuasa tertinggi BAM untuk sesi 2025/2029 sudahpun bermula?@ASTROARENA pic.twitter.com/0uYyRnTt9P
"Seperti sedia maklum, BAM sudah mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan SPRM semalam. Tiada yang berubah selain menunggu keputusan itu.
"Tiada yang perlu diulas lebih lanjut mengenai perkara ini.
"Buat masa sekarang, marilah sama-sama bersabar. Isu ini timbul disebabkan banyak faktor," katanya yang ditemui di Majlis Menandatangai Kerjasam Bersama Yonex bagi penggal 2024-2028.