Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan-Thinaah M. akan turun bertemu pasangan pilihan pertama dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan untuk aksi separuh akhir beregu wanita badminton Sukan Olimpik Paris 2024, pada 2 Ogos 2024.

Pearly-Thinaah menempah tempat ke separuh akhir setelah aksi bertenaga dan mendebarkan untuk menamatkan cabaran pasangan beregu dari Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong 21-12, 21-13.

Info Siaran Langsung Percuma (Free Live Streaming) Pearly Tan-Thinaah M. vs Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (Separuh Akhir)

Tarikh: 2 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa: Bermula 2:30 petang
Venue: Aréna Porte de La Chapelle

Tonton aksi ini secara langsung menerusi Stadium Astro secara percuma di sini.
Anda juga boleh strim melalui Astro, Astro GO dan Sooka.