Beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bakal turun beraksi memburu gelaran Terbuka Jepun dalam aksi final yang bakal berlangsung sebentar lagi.

Bertemu pasangan Korea yang juga pilihan ketiga kejohanan, Kang Min-hyuk-Seo Sung-jae, ia merupakan pertembungan 50-50 selepas kedua-dua beregu ini memiliki rekod pertemuan dua kemenangan dan dua tewas dalam empat pertembungan.

Saksikan aksi final Terbuka Jepun di Astro Supersport 814 dan strim menerusi Astro Go.