Skip to main content

Badminton

Siaran langsung badminton Olimpik Paris 2024: Lee Zii Jia vs Lakshya Sen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lzj-bronze-medal.jpg
Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan membuat perhitungan terakhir di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila akan turun bertemu pemain India, Lakshya Sen dalam penentuan pingat gangsa.

Zii Jia tidak bernasib baik apabila tewas di tangan juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn 21-14, 21-15 dalam aksi separuh akhir sebentar tadi.

Untuk perhitungan pingat gangsa, Zii Jia akan berdepan dengan kekentalan Lakshya Sen yang turut gagal ke perlawanan penentuan pingat emas apabila tewas di tangan Viktor Axelsen, 22-20, 21-14.

Info Siaran Langsung Percuma (Free Live Streaming) Lee Zii Jia vs Lakshya Sen​ (Badminton Penentuan Gangsa)

Tarikh: 5 Ogos 2024 (Isnin)
Masa: Bermula 8:30 malam
Venue: Aréna Porte de La Chapelle

Stadium Astro akan membawakan siaran langsung percuma perlawanan tersebut di sini.
Anda juga boleh strim melalui Astro, Astro GO dan Sooka.

Advertisement

Must Watch Video