Skip to main content

Badminton

Siapa tahu AJBC boleh lahirkan juara Sukan Olimpik?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ajbc-allianz.jpg
Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang, selepas berakhirnya Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) 2025 di ibu negara hari ini.

Sean percaya kejohanan itu bukan sekadar medan pertandingan, bahkan menjadi platform penting melahirkan generasi pemain yang berpotensi mewakili negara pada masa depan.

Tahun ini menyaksikan 10 pemain pusingan kelayakan (AJBC) terpilih untuk menyertai program pencarian bakat baharu anjuran Akademi Badminton Malaysia (ABM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ia merupakan laluan buat mana-mana pemain menyambung pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan ABM seperti tahun lalu, yang menyaksikan tiga pemain terpilih ke sekolah sukan berkenaan.

"Kami harap kami dapat meneruskannya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Kami menerima banyak maklum balas yang baik daripada ibu bapa, jurulatih dan MSSM (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia) bahawa kejohanan ini merupakan sesuatu yang amat-amat bernilai untuk pencarian bakat.

"Visi jangka panjang kami adalah untuk meneruskannya selama mungkin.

"Siapa tahu satu hari nanti kami dapat melahirkan juara Sukan Olimpik buat Malaysia," katanya.

Terdahulu, lapan pemenang dinobat juara grand final AJBC di Kompleks Sukan Setiawangsa.

Tumpuan terarah kepada beberapa pemenang, antaranya Wong Wei Shen, yang bermain dalam kesakitan gara-gara kecederaan belakang sebelum muncul juara acara perseorangan B-15.

Christina dan Clarrisa Anne Alexander pula membuktikan keserasian sebagai adik-beradik kembar menjadi kekuatan utama untuk merangkul kejuaraan dalam acara beregu wanita B-13.

Semua barangan sukan kini hanya di hujung jari anda!
Beli secara online di: https://stadiumastro.com/campaign/shop
Banyak lagi diskaun! Rebut diskaun ini sekarang!!
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video