Skip to main content

Badminton

Shi Yu Qi bergemerlapan di Xiamen walau hilang 6kg gara-gara masalah usus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shi-yu-qi_1.jpg
China menjulang trofi Piala Sudirman buat kali ke-14 di Xiamen semalam dengan Shi Yu Qi memainkan peranan penting dalam kempen mereka, di mana dia memenangi kesemua perlawanan sejak pusingan awal.

Dalam perlawanan akhir menentang Korea Selatan semalam, perseorangan lelaki utama China itu mencatatkan kemenangan paling bergaya 21-5, 21-5 ke atas Jeon Hyeok-jin dalam masa hanya 33 minit.

Jaguh China itu menepati jangkaan selaku pemain nombor satu dunia dan turut menyingkirkan Leong Jun Hao dengan kemenangan 21-6, 21-14 di peringkat suku akhir sebelum mengatasi jaguh Jepun, Kodai Naraoka, 21-8, 21-16 dalam separuh akhir.

Ia persembahan yang amat mengagumkan memandangkan Yu Qi baru sahaja kehilangan berat badan 6kg gara-gara masalah usus menjelang kejohanan berpasukan itu.

Dia langsung tidak menunjukkan sebarang kekurangan sepanjang kempen Piala Sudirman, menewaskan semua lawannya dengan gaya yang amat dominan untuk memastikan China meraih satu lagi gelaran Piala Sudirdam.

Prestasinya sudah pasti akan menjadi kebimbangan buat semua perseorangan lelaki terbaik dunia, terutama dalam Jelajah Dunia, yang akan bersambung selepas ini.

Dengan pesaing utama seperti Viktor Axelsen dan Lee Zii Jia masih tidak dapat beraksi kerana kecederaan, Yu Qi pasti akan memanfaatkan segala waktu yang ada untuk melebarkan penguasaannya di tangga teratas dunia.
 

Advertisement

Must Watch Video