Jika dahulu mereka berjuang merebiut pingat buat negara, kali ini perjuangan mereka beralih kepada menjaga kebajikan dan nyawa penumpang di atas kapal terbang.
Wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, sempat mendapatkan cerita daripada bekas atlet tenpin boling negara, Shahrukh Amin, dan juga bekas atlet olahraga negara, Saidatul Izzati.
Pernah meraih pingat perak di Sukan SEA 2021 dan juga Kejohanan Remaja Dunia, Shahrukh Amin tidak disangkal merupakan antara sandaran utama skuad tenpin boling negara.
Namun, terdapat titik perubahan dalam hidupnya sehingga dia membuat keputusan untuk bersara daripada dunia sukan.
"Saya dah mencapai apa yang saya hendak dalam usia yang muda, yang tidak mudah untuk orang lain capai pada usia yang muda. Jadi saya memberhentikan karier sukan saya untuk mengejar sesuatu yang lain.
"Sebelum ini rasa bangga untuk membawa nama Malaysia dalam sukan tetapi sekarang saya cuba dalam karier saya sebagai kru kabin kerana berkhidmat sebagai barisan hadapan
"Buat masa sekarang saya sudah berhenti dan lebih fokus kepada kerjaya sebab pada permulaan bekerja banyak proses pembelajaran yang perlu saya ikuti
Saya bagi 100% untuk kerja dan ada dalam perancangan saya akan mencari pendapatan sampingan sebagai jurulatih atau mengikuti kejohanan antarabangsa jika ada waktu terluang. Dalam perancangan, saya akan kembali semula pada akhir tahun ini." katanya.
Dalam pada itu, bagi Saidatul pula, menjadi pramugari merupakan impiannya sejak sebelum bergelar atlet lagi.
Apabila berjaya menyarung uniform sebagai kru kabin, ia ibarat impian menjadi kenyataan buat kali kedua.
"Sebelum menjadi atlet, cita-cita saya adalah untuk menjadi kru kabin. Walau bagaimnapun ketika menjadi atlet saya memberi sepenuhnya dan tidak ada sebab untuk saya berhenti menjadi atlet
"Namun apabila saya dah mencapai semua yang saya inginkan dalam dunia sukan ini. Saya membuat keputusan untuk mengejar cita-cita, menjadi salah seorang kru kabin amat seronok dan kami selaku penjaga keselamatan penumpang dan itu adalah salah satu daripada tanggungjawab kami." tambahnya.