Skip to main content

Badminton

Setuju atau tidak, dia sudah dilantik -- James Selvaraj mahu Chong Wei mulakan kerja

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

james.jpg
Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, berharap legenda negara, Datuk Seri Lee Chong Wei, akan membuktikan bahawa pelantikannya adalah seiring dengan kemampuan menjalankan tugas dalam bahagian pengurusan.

Ini selepas Olimpian badminton, Datuk Razif Sidek, berpendapat lantikan bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia itu tidak wajar dengan memberikan bayangan banyak calon lain yang memiliki pengalaman bagi mengisi jawatan tersebut.

James bagaimanapun, enggan menafikan keberadaan Chong Wei kerana baginya, ketika ini tidak ada apa-apa yang mampu dibuat kerana pelantikan tersebut sudahpun berlaku.

"Dia (Lee Chong Wei) memiliki banyak kerja untuk diselesaikan.

"Bukan setakat menjadi pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, malah perlu memilih beberapa ahli juga untuk bekerjasama dalam sektor ini.

 

"Saya juga terdengar apa yang Razif Sidek cuba luahkan.

"Sama ada kita setuju ataupun tidak, dia sudah dilantik.

"Anda tidak boleh mengeluarkan dia daripada jawatan yang sudah disandang.

"Apa yang Chong Wei perlu buat sekarang ialah mulakan kerja dan menghasilkan keputusan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.


Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video