Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, memastikan kemenangan Malaysia dalam aksi suku akhir Piala Thomas menentang Jepun di Chengdu, China malam tadi.

Dengan Malaysia sedang mendahului 2-1 hasil kemenangan dua perseorangan, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao, kemenangan Sze Fei dan Nur Izzuddin memastikan kemaraan Malaysia ke separuh akhir dengan cukup bergaya menumbangkan juara edisi 2014 berkenaan.

Sze Fei dan Nur Izzuddin tewas 18-21 dalam set pertama tetapi bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-15 dalam set kedua.

Paling mencuri tumpuan ialah rangkaian servis flick yang dilakukan pasangan negara itu berkesudahan mendapatkan mata sehingga membuatkan gandingan Jepun berkenaan 'koyak' teruk sebelum Sze Fei dan Nur Izzuddin menamatkan saingan dengan kemenangan 21-12.

Video:
@yoo.raaa flick serve? #thomascup2024 #gohszefei #izzuddin #flickserve #dinmasjid #badminton #badmintonplayer #fyp #semifinal ♬ Baby by me - ash.