Duta Toyota Gazoo Racing, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel, menagih tagih persembahan dan gaya perlumbaan terbaik daripada Naquib Azlan-Mitchell Cheah agar Kejuaraan Sepang 1000km pada 2022 boleh diulang.

Dia melihat prestasi memberangsangkan pelumba Pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia itu selepas setahun mengharungi Malaysia Championship Series 2024.

"Kami sasarkan untuk menang, cabarannya semakin meningkat setiap tahun.

"Dengan peraturan juga ada ditukarkan sedikit, jadi kerjasama di antara pemandu mampu memacu mereka ke podium pada tahun ini.




"Mereka sudah bergabung selama setahun dalam Malaysia Championship Series. Mereka saling memahami dan saya mengambil keputusan untuk untuk bantu teknikal pasukan kerana perlumbaan ini membabitkan 1000km, (menyamai) 81 pusingan.

"Jadi jentera mestilah mampan. Kerjasama sepasukan amat penting untuk meraih pencapaian," katanya.

Selain cemerlang pada 2022 selaku juara dan menghuni P3 dalam edisi lalu.

A post shared by Tengku Djan Ley (@tengkudjanley)