Skip to main content

Badminton

Semangat juang Chiharu Shida jadi inspirasi Dania Sofea dalam gelanggang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chahru.jpg
Pemenang Anugerah Puteri Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024, Dania Sofea Zaidi, menjadikan pemain badminton Jepun, Chiharu Shida, sebagai sumber inspirasi betika berada di dalam gelanggang.

"Saya rasa amat gembira dengan anugerah ini. Saya bermain badminton sejak enam tahun. Inspirasi saya Chihari Shida, saya suka semangat dia dalam gelanggang.

"Buat masa ini saya sudah menjadi atlet kebangsaan sebagai pelapis, saya mahu mewakili negara ke peringkat antarabangsa untuk harumkan nama negara.

"Cabara ada sebab sekarang saya masih junior. Kita perlu berlatih lebih kuat untuk tingkatkan prestasi. Kegemaran saya adalah acara beregu dan beregu campuran," katanya.

Dalam pada itu, pemenang anugerah jurulatih cemerlang MSSM 2024, Mohd Nazri Naser, menjadikan pencapaian anak didiknya itu meraih pingat perak di Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2025 sebagai kejayaan termanisnya sepanjang bergelar jurulatih.







"Saya bermula pada 2008, pada 2016 saya masuk ke Bukit Jalil. Pada 2008 hingga 2016 antara pemain yang ada adalah Chen Tang Jie dan Man Wei Chong. 

"Kejayaan paling membanggakan adalah tahun ini selepas dua pemain kita iaitu Dania dapat pingat perak di Kejohanan Badminton Remaja Dunia, sebenarnya sasaran mereka raih pingat pada 2025 tetapi mereka dapat awal." tambahnya.

Untuk rekod, beregu Wanita negara iaitu Low Zi Yu-Dania Sofea melakar kejutan di selepas meraih pingat perak di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China, pada Oktober lalu.

Advertisement

Must Watch Video