Skip to main content

Badminton

Seluruh England: BAM bangga Zii Jia lepasi sasaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zii-jia_2.jpg
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bangga dengan kejayaan pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, melepasi sasaran ke suku akhir Kejohanan Seluruh England di Birmingham semalam.

Bagi Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, kejayaan itu memberikan gambaran jelas bahawa skuad negara sedang berada di landasan yang tepat menjelang Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.

Norza optimis Zi Jia mempunyai potensi untuk mara ke final selepas mengalahkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long, dalam suku akhir hari ini.

"Chen Long merupakan pemain yang pernah Zii Jia tewaskan.

"Saya harap dengan aksi konsisten dan keyakinan yang dipamerkan Zii Jia, saya yakin dia boleh sampai ke final," katanya.

Advertisement

Must Watch Video