Skip to main content

Badminton

Selesai jalani pembedahan, Tze Yong bersemangat harungi proses pemulihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tze-yong.jpg
Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, selesai menjalani pembedahan lutut ligamen lutut ACL di Doha, Qatar.

Penghujung Mei lalu menyaksikan Tze Yong sekali lagi berdepan masalah kecederaan serius ketika menghadapi Masters Malaysia 2025.

Dan perkembangan terbaru, Tze Yong telah selesai menjalani pembedahan di sebuah hospital terkenal di Doha, Qatar, di mana bintang sukan antarabangsa seperti Erling Haaland, Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele pernah memuji kemudahan di situ.
 
 
Tze Yong bakal berdepan laluan panjang untuk kembali pulih selepas dia patah lutut kanan ACL pada Masters Malaysia menentang Angus Ng Ka Long.

Atlet kelahiran Johor itu tidak akan membuat penampilan dalam sebarang kejohanan bagi baki tahun ini, dan mungkin beberapa bulan pertama 2026.

Sebelum ini, Tze Yong menghabiskan masa selama 14 bulan untuk pulih daripada dua pembedahan di belakangnya.

Advertisement

Must Watch Video