BADMINTON

Selepas bola sepak, Selangor mahu terus kembang sukan badminton

Fatin Ruzaiman 18/01/2024 | 03:46 MYT
Selangor tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan sukan badminton selepas lebih dua dekad menerajui bola sepak untuk Liga Malaysia.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi dalam Sidang Media Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 menzahirkan keinginan untuk melihat Selangor menjadi pusat perkembangan sukan ke mata dunia.
"Selangor merupakan salah satu negeri yang paling ke hadapan dalam pembangunan sukan.
"Kita lazim dengan sukan bola sepak. Tetapi kita juga mahu pastikan bukan sahaja bola sepak ke depan, tetapi badminton juga.
"Kita sebagai negeri peneraju bukan sahaja dalam konteks membangunkan atlet dan juga potensi baru untuk negara, tetapi sebagai sebuah negeri yang mendukung penganjuran kejohanan badminton berprestij di peringkat antarabangsa," kata Najwan.
Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 bakal berlangsung dari 13 hingga 18 Februari di Pusat Konvensyen Setia Alam dan tiket sudah mula dijual di sini.
#badminton #Malaysia #Kejohanan Berpasukan Asia #BATC
;