Skip to main content

Badminton

SELBATC: Tiada sesiapa mahu cedera, kami sentiasa mahu berikan yang terbaik -- Tze Yong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tze-yong-2024.jpg
Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, menjelaskan dia masih mengalami kecederaan berulang selepas terpaksa menarik diri daripada aksi suku akhir Kejohanan Berpasukan Asia (SELBATC) sebentar tadi,

Turun sebagai perseorangan pertama, Tze Yong hanya beraksi selama hanya empat mata dimainkan sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri ketika berdepan wakil Singapura, Jason Teh.



"Saya masih mengalami kecederaan, belum pulih sepenuhnya dan semalam saya ada mengambil suntikan bagi mengurangkan kesakitan. Keputusan untuk saya beraksi sebagai perseorangan pertama kerana ia meningkatkan peluang untuk rakan sepasukan, Leong Jun Hao untuk mendapatkan kemenangan.
 

"Namun ini bukanlah satu alasan, tiada pemain mahukan kecederaan, setiap pemain mahu memberikan yang terbaik," katanya.

Advertisement

Must Watch Video