Skip to main content

Badminton

SELBATC: Malaysia bangkit sebelum lolos ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

goh-sze-fei.jpg
Pasukan badminton lelaki negara bangkit daripada ketinggalan untuk memastikan kemenangan 3-1 ke atas Singapura dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024 sebentar tadi.

Ketiadaan Lee Zii Jia menyaksikan Ng Tze Yong turun sebagai pemain perseorangan pertama, namun dia terpaksa menarik diri selepas hanya empat mata dimainkan memberikan mata pertama kepada Singapura. 

Aaron Chia-Soh Wooi Yik turun ke gelanggang menyamakan kedudukan apabila mengatasi Loh Kean Hean-Jia Hao Wong 21-11, 22-24, 21-14.

Leong Jun Hao turun sebagai wakil perseorangan kedua negara berdepan Jia Wei Joel mudah merekodkan kemenangan 21-8, 21-12 sekaligus memberikan mata kedua buat Malaysia.

Giliran Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani turun ke gelanggang dan mereka berjaya memastikan kemenangan Koh Eng Keat Wesley-Junsuke Kubo 21-6, 20-22, 21-8 sekaligus mara ke separuh akhir.

Advertisement

Must Watch Video