SELBATC: Jun Hao tersungkur di tangan Hong Yang
Daeng Dhadyry
Februari 18, 2024 16:59 MYT
Februari 18, 2024 16:59 MYT
Leong Jun Hao gagal butirkan mata pertama buat kem negara selepas akur tewas kepada Weng Hong Yang dalam aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024.
#SELBATC2024 | Results | Men’s Team FINAL ?? 0-1 ?? Weng Hong Yang def. Leong Jun Hao 21-19 21-17#GemilangkanLagi #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/ELzbwXlpi0
— BAM (@BA_Malaysia) February 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, dua pemain ini pernah bertemu di Masters Malaysia 2022 yang memihak kepada Jun Hao dengan kemenangan 5-21, 21-17 dan 21-13.
Namun dari segi ranking, Jun Hao jauh ketinggalan di mana dia kini berada di kedudukan ke-40 manakala Hong Yang di ranking ke-16 dunia.
Jun Hao tampak berjaya mengenepikan faktor itu apabila dia yang terlebih langkah kanan, mendahului awal perlawanan dengan 6-4.
Sehinggalah Hong Yang mula temui rentak untuk memimpin perlawanan untuk di depan 11-8 pada interval pertama.
Aksi lebih seimbang sebaik perlawanan bersambung dengan mata terikat 12 sama, sebelum rentetan 4 mata diraih oleh Hong Yang membawa kepada kedudukan 12-16.
Pemain negara terus tampak seakan hilang rentak, membuka jurang kepada lima mata, 13-18.
Jun Hao cuba bangkit dengan merapatkan jurang 17-19, tapi akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 19-21 pada set pertama selepas kesilapan servisnya yang keluar di garisan belakang.
Tidak jauh beza di set kedua, Hong Yang pamer prestasi lebih bertenaga dan kurang melakukan kesilapan untuk mendahului 9-6.
Juara Terbuka Denmark tahun lalu itu meneruskan momentum positifnya untuk sekali lagi punyai kelebihan 3 mata pada interval set kedua.
Kesilapan demi kesilapan jelas memberi padah buat Jun Hao yang kemudiannya terpaksa akur dengan kekalahan 'straight set' 19-21 dan 17-21.