SELBATC: Haikal Nazri bakal jadi penentu kejuaraan?
Daeng Dhadyry
Februari 18, 2024 14:09 MYT
Februari 18, 2024 14:09 MYT
Muhammad Haikal Nazri bakal tampil selaku perseorangan lelaki ketiga Malaysia menentang China dalam aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024.
Dengan ketiadaan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong, perseorangan lelaki negara hanya tinggal dua sahaja wakil iaitu Leong Jun Hao dan Eogene Ewe.
#SELBATC2024 | LINEUP | Men’s Team FINAL ????? ⏰ 4.00pm (MYT) ?️ Setia City Convention Centre ? Astro Supersport 4️⃣#GemilangkanLagi#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/N7kJz2h0IE
— BAM (@BA_Malaysia) February 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan itu, kem negara memberikan tanggungjawab itu kepada Haikal untuk tampil selaku perseorangan terakhir atau erti kata lain, penentu kejuaraan.
Haikal akan turun beraksi menentang Wang Zheng Xing jika perlawanan terikat dengan kedudukan dua sama selepas empat perlawanan.
Pada peringkat kumpulan, Haikal telah beraksi sebanyak dua kali dalam acara beregu bersama pasangannya, Choong Hon Jian dan berjaya meraih kemenangan ketika bertemu Brunei dan Kazakhstan.
Mampukah Haikal Nazri mencipta sensasi kali ini dalam acara perseorangan dengan menewaskan Zheng Xing yang cemerlang dengan rekod 3-0 sepanjang SELBATC edisi 2024 ini?
Untuk rekod, Zhen Xing menang kesemua perlawanan yang dia diturunkan, iaitu ke atas Chan Yin Chak (Hong Kong), Chirag Sen (India) dan Yohanes Saut Marcellyno (Indonesia).
Saksikan perlawanan akhir SELBATC 2024 secara langsung di Astro Supersport 814HD bermula jam 4.00 petang ini.