SELBATC: Dominasi Zii Jia berikan mata pertama Malaysia
Ammar Hakim
Februari 17, 2024 17:18 MYT
Februari 17, 2024 17:18 MYT
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, memberikan mata pertama buat Malaysia dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) sebentar tadi.
Selepas direhatkan daripada perlawanan sebelum ini berdepan Singapura, Zii Jia kembali sebagai pemain pertama negara dan berdepan wakil Jepun, Kenta Nishimoto.
Mempamerkan corak permainan berkualiti, Zii Jia memastikan kemenangan 21-18 dalam set pertama.
Dia sekali lagi mengawal rentak permainan dalam set kedua dan memastikan kemenangan pertama buat kem negara dengan 21-15.