Selangor mempamerkan dominasi dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM selepas mengungguli saingan lelaki dan wanita untuk muncul juara sulung kejohanan di Bukit Kiara, hari ini.
Pusingan akhir yang menggunakan konsep berpasukan ini menyaksikan Selangor berdepan pilihan pertama, Pulau Pinang, dalam saingan lelaki.
Selangor bermula baik dengan memperoleh mata pertama menerusi Aidil Sholeh Ali Sadikin yang menewaskan Low Eu Cong dengan straight sets 21-16, 22-20.
Disusuli persembahan cemerlang beregu, Nor Aqmal Abu Hassan-Mohamad Faris Zaim Khalid, yang mengetepikan tentangan Choong Hon Jian-Lee Ming Ze hasil kemenangan tiga set bagi meletakkan Selangor makin selesa.
Memastikan kemenangan Selangor adalah perseorangan keduanya, Muhammad Shaqeem Eiman Syahyar, yang bangkit daripada kekalahan untuk mengatasi Goi Zi Chyan 19-21, 21-17, 21-16.
Mata sagu hati Pulau Pinang pula disumbangkan Ng Jie Wei-Chee Yik Shen selepas beregu kedua Selangor, Mohd Nor Firdaus Azman-Wong Zheng Wei, mengambil keputusan menarik diri dan melengkapkan keputusan 3-1.
Turut cemerlang, pasukan perempuan Selangor apabila menepati ramalan untuk muncul juara selepas menewaskan Kedah 3-1.
Turun dengan status selaku pilihan pertama, Selangor memperoleh mata sulung menerusi R. Kasturi dalam acara perseorangan dengan kemenangan 21-15, 21-15 ke atas Ng Jia Shuen.
Begitupun, mereka dikejutkan dengan permainan kemas pasangan kembar, Cheng Su Hui-Cheng Su Yin, yang mengikat kedudukan buat Kedah selepas menewaskan H. Dharsana-Welnis Lim Peiy Link 21-16, 21-18 dalam saingan beregu.
Selangor, bagaimanapun, kembali menemui semula rentak dan hasilnya perseorangan kedua, Siti Nurshuhaini Azman, serta gandingan beregu kedua, R. Shalini dan Loh Zhi Wei, memperoleh mata untuk memastikan kemenangan memihak kepada Selangor.
Selaku juara, Selangor meraih pingat kejuaraan di samping wang tunai RM10,000 di samping jemputan untuk menyertai Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara.
"Pemain perseorangan, khususnya, bermain dengan baik dan memberikan mata kemenangan.
"Pasukan perempuan juga bermain pantas menerusi kategori beregu," kata pengurus Selangor, Kamarudin Ahmad.