Na-eun yang bergandingan dengan Kim Won-ho beraksi dalam perlawanan penentuan pingat emas di temasya Olimpik kali ini sebelum tewas kepada gandingan China, Zheng Siwei-Huang Ya Qiong 21-8, 21-11.
Beliau menceritakan kisah bersama mendiang ibunya disebalik perjalanan sebagai seorang pemain badminton professional, dan lebih-lebih lagi setelah berjaya bergelar sebagai Olimpian.
"Ibu saya menyimpan nombor (telefon) saya di telefon bimbitnya sebagai 'My Olympian'. Saya berasa sedih kerana gagal mendapatkan pingat emas seperti yang saya janjikan kepadanya" ujar Na-eun.
"Akan tetapi, saya pasti mendiang ibu saya berada di syurga sambil melihat saya dengan bangga dan kecintaan" tambahnya lagi.
??? #Badminton #Paris2024 #Olympics pic.twitter.com/0wKnJvNRQL
— BWF (@bwfmedia) August 3, 2024