Skip to main content

Badminton

Saya sedia kongsi semua pengalaman, kagum visi TMJ -- Lee Chong Wei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lcw.jpg
'Saya amat berbesar hati dan berasa sangat rendah diri atas kepercayaan dan keyakinan yang telah diberikan Pemanku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, terhadap pelantikan sebagai penasihat badminton dan Duta Sukan Johor.'

Legenda badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei, secara rasminya diangkat sebagai Duta Sukan Johor sebaris dengan bekas juara Piala Dunia Ragbi dua kali, Sonny Bill Williams, selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), hari ini.

Perkara ini sejajar dengan usaha Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang mahu terus mengangkat martabat sukan dan belia di negeri selatan tanah air itu.




"Saya mahu berkongsi perjalanan karier kepada semua termasuk pengalaman ketika kalah-menang, sewaktu gagal ujian doping dan turun naik sebagai atlet sebelum ini.

"Ia ibarat 'roller coaster' apabila mengenangkan bagaimana saya tetap menaikkan semangat meskipun sedang jatuh," katanya di Hotel Thisle, Johor Bahru.

Naib juara Kejohanan Dunia tiga kali termasuk pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu menegaskan visi jitu Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu merupakan pendorong utama Chong Wei terima peranan tersebut. 

Kredit gambar -- MSNJ

Advertisement

Must Watch Video