Percintaan dua budaya berbeza membabitkan pemain badminton beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin, dan bekas perseorangan badminton kebangsaan Jepun, Aya Ohori, sememangnya 'direstui' peminat!
Kewarganegaraan dan kehidupan berbeza, namun ia bukan penghalang buat penyatuan dua jiwa itu untuk meneruskan percintaan dengan menerima gaya hidup masing-masing.
Sebelum ini, kedua-dua mempelai itu sah mendirikan rumah tangga selepas upacara pasangan tersebut telah berjalan lancar menyaksikan kedua-dua merpati dua sejoli itu mengangkat ikrar perkahwinan di hadapan pegawai pendaftaran dan disaksikan oleh wakil keluarga masing-masing.
Ohori, 28, sempat berkongsi ringkas mengenai pandangannya di Malaysia serta mendedahkan ringkas hubungannya bersama Yew Sin yang sudah berkenalan sejak 11 tahun lalu.
"Pertama kali saya pergi ke Malaysia pada 2014 ketika menyertai Kejohanan Remaja Asia di Kota Kinabalu, Sabah.
"Ia seperti berada di kampung kerana Sabah mempunyai gunung-ganang dan hutan yang cantik," katanya di X.
Sewaktu ditemu bual oleh Kedutaan Jepun di Malaysia, Aya tidak berselindung mengenai makanan kegemarannya dan sering memesan hidangan di kedai makan.
"Saya sangat sukakan bak kut teh dan roti tisu serta maggi goreng," tambahnya.
Bak kut teh merupakan makanan tidak halal yang dimasak dalam sup.
Dalam masa sama, dia turut menceritakan detik pengenalannya bersama Yew Sin sebelum serius menjalinkan hubungan.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain. Kami mula berkenalan secara perlahan.
"Dalam tempoh 11 tahun, kami berjumpa ketika sedang mengadakan percutian.
"Waku paling sukar ketika sedang bercinta ialah apabila wabak pendemik Covid-19 melanda dunia. Kami tidak bersua selama satu tahun," katanya lagi.

I’m delighted to celebrate #WorldBadmintonDay ? with a heartwarming video featuring Ms. Ohori Aya and Mr. Ong Yew Sin.
— SHIKATA Noriyuki (@JPNAmbMalaysia) July 5, 2025
Badminton is more than sport—it builds friendship, respect, and even love across borders ?❤️
Once again, congratulations on their marriage! ?? pic.twitter.com/NAIyVjiLR7