Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut -- Lee Zii Jia

Muzaffar Musa
November 30, 2024 14:44 MYT
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ogos lalu.
Zii Jia tewas mudah 14-21, 15-21 kepada jaguh Thailand berkenaan tetapi dia kemudian menebusnya dengan memenangi pingat gangsa dengan menewaskan wakil India, Laksya Sen, sehari kemudian.
Bercakap kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), pemain berusia 26 tahun itu mengimbau kembali apa yang dilaluinya sepanjang temasya itu.
"Selepas tewas kepada Kunlavut, saya amat tertekan. Saya tidak boleh makan dan turun 1 hingga 2 kg. Saya timbang berat badan saya sehari seleps itu. Saya juga tidak boleh bersarapan.
"Saya terpaksa makan Panadol sebelum perlawanan (bertemu Lakhsya Sen) kerana saya rasa sudah tidak sihat tetapi saya mengatasi masalah itu dan memenangi pingat gangsa," katanya.
Lee Zii Jia akan beraksi dalam Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China pertengahan bulan depan.

Let's take a trip down memory lane with ?? Lee Zii Jia at #Paris2024. ?#Olympics #badminton pic.twitter.com/DHzY9k6Sje

— BWF (@bwfmedia) November 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Lee Zii Jia
;