BADMINTON
Sampai empat, lima kali kalah, tukar orang lah -- Ewe Hock gesa BAM bertanggungjawab



Panel Penasihat Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ong Ewe Hock, menyelar prestasi hambar kem negara dalam Kejohanan Badminton Seluruh England 2025.
Menurut pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998 Kuala Lumpur itu, dia menuntut supaya bedah siasat bersifat lebih tegas dilakukan selain meminta kepimpinan dan barisan kejurulatihan perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan itu.
"Siapa-siapa dalam BAM harus mengambil tanggungjawab.
"Mereka harus menyediakan jawapan kepada peminat badminton seluruh negara.
"Mereka (BAM) sebagai ketua tidak boleh melakukan banyak kesilapan.
"Satu kali kalah, boleh maafkan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dua kali kalah masih boleh diperbaiki.
"Sampai empat lima kali asyik kalah, memang tak bolehlah.
"Harus tukar orang baru atau ambil individu yang lebih baik untuk jaga sukan ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Ewe Hock juga tidak menolak bahawa wujudnya kepincangan dalaman BAM yang membawa kepada persembahan terburuk skuad kebangsaan.
Untuk rekod, ini adalah kali pertama tiada pemain negara meloloskan diri ke kelompok empat terbaik sejak Seluruh England 2019.
"Apabila kalah, siapa yang akan bertanggungjawab? Saya nak tahu.
"Kalau sudah tak boleh, kami mahu tukar.
"Apabila jurulatih kerap bertukar, sudah tentu akan pantau dan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI).
"Atau presiden juga kena tukar kerana dia tidak boleh memberi keputusan yang diharapkan.
"Bukan apa, itu adalah pandangan saya," tambahnya.