BADMINTON
Sahabat hingga ke akhirnya -- video Thinaah 'pikul' Pearly cetus emosi
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham.
Pilihan kelima kejohanan, Pearly Tan-M. Thinaah, menunjukkan perkembangan positif walaupun berdepan kesukaran akibat kecederaan, namun tidak menghalang mereka untuk lolos ke peringkat seterusnya dengan kemenangan straight set 21-16, 21-14 semalam.
Mengatasi beregu wanita Indonesia, Siti Fadia Silva Ramadhanti-Apriyani Rahayu, namun Pearly mengalami kecederaan di penghujung permainan.
Selepas tamat perlawanan, wartawan Astro Arena, Zaki Zainal sempat merakam Pearly dipikul gandingannya untuk mendapatkan rawatan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jangan lupa saksikan aksi ini secara langsung di saluran 802 dan 815 ataupun di Sooka.
.