Pencapaian beregu wanita negara, Pearly Tan -M. Thinaah, selaku naib juara Masters Indonesia 2025 semalam adalah sesuatu yang positif selepas kali terakhir meraih gelaran menerusi Terbuka Hong Kong, Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, turut menegaskan agar gandingan wanita ketujuh dunia itu perlu segera berbincang bersama jurulatih mereka, Rosman Razak, sebagai persediaan terbaik dalam mengenal pasti apa yang perlu diperbaiki menjelang Kejohanan Badminton Seluruh England, Mac depan.
"Kenapa mereka mampu ke final Masters Indonesia tetapi pada awalnya, tidak mampu menyerlah dalam Terbuka Malaysia.
"Adalah bagus kalau mereka dapat kenal pasti apa yang tidak kena menerusi perbincangan bersama jurulatih.
"Sungguhpun mereka mara ke final, tapi perjalanan mereka masih panjang," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.